Kerajaan negeri ringankan beban peniaga

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 24 Julai – Tindakan kerajaan negeri yang hanya membenarkan notis kompaun dikeluarkan oleh empat pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bertujuan meringankan beban peniaga yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, peniaga yang didapati berniaga tanpa lesen dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) hanya diberikan notis kompaun.

“Hanya 19 notis kompaun dikeluarkan masing- masing membabitkan 17 notis di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan bakinya di Majlis Perbandaran Jasin.

“Pada tempoh itu kita hendak meringankan beban peniaga dan notis ini dikeluarkan sebagai ingatan kepada peniaga agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak kerajaan juga turut membenarkan semula operasi pasar malam, pasar pagi serta uptown juga bagi membantu peniaga menambah pendapatan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

“Sebanyak 71 pasar malam dan 12 pasar pagi di empat kawasan PBT sudah dibenarkan beroperasi semula termasuk tujuh uptown di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Prihatin dengan rakyat yang terjejas, penduduk juga dibenarkan menjalankan operasi jualan kecil- kecilan di hadapan perkarangan rumah mereka untuk menambah pendapatan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagaimanapun mereka yang ingin menjalan jualan kecil- kecilan itu perlu mematuhi syarat ditetapkan selain tidak mengangu jiran tetangga.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan Persidangan Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-14.

Views:

347
Kongsi :
Previous post Penerbit wajib mohon lesen, surat perakuan penggambaran untuk terbitkan filem
Next post “Tolong jangan ada gangguan dan patuh peraturan,” – Speaker DUN Melaka
Ubah saiz-+=