
“Tolong jangan ada gangguan dan patuh peraturan,” – Speaker DUN Melaka
AYER KEROH 23 Julai – “Tolong jangan ada gangguan dan patuh peraturan,” tegas speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas berlaku ketegangan dalam Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14, hari ini.
Ab Rauf berkata demikian ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rafiq Naizamohideen sesi ucapan penggulungan mendapat ‘gangguan’ daripada pihak pembakang.
Suasana menjadi lebih tegang dan beliau dilontarkan dengan perkataan pembelot apabila Rafiq mengatakan mereka tidak bersama Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat menolak PH.
Beliau turut memberi contoh beberapa Piliharan Raya Kecil (PRK) sebelum ini antaranya Cameron Highland, Pahang; Semenyeh, Selangor dan Rantau, Negeri Sembilan.
Situasi itu yang berlarutan beberapa minit turut membabitkan beberapa ADUN pembangkang termasuk Kota Laksamana, Gadek dan Ayer Keroh.
Beliau yang sebelum itu menjelaskan isu berkenaan tiga buah basikal yang didakwa dipakainya untuk kegunaan rasmi yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang supaya memulangkan semula kepada pihak Majlis Sukan Negeri (MSN).
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN KASIH EMGS RINGANKAN BEBAN 300 PENDUDUK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Oktober - Seramai 300 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima manfaat menerusi sumbangan bantuan...
AB RAUF, KETUA MENTERI ‘GRED A’
KESIDANG 19 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri merancakkan sektor pelancongan menerusi penganjuran pelbagai program dan acara memberikan impak positifΒ kepada ekonomi...
ORANG ALOR GAJAH PUJI PENTADBIRAN MESRA RAKYAT, TURUN PADANG DIAMALKAN TOK RAUF
MACHAP JAYA 19 Oktober β Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri sepanjang kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
BUKAN DEMI RUPA, DUA PESERTA BIGGEST LOSER PILIH HIDUP LEBIH SIHAT
AYER KEROH 19 Oktober β Bukan sekadar pertandingan menurunkan berat badan, The Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MPAG SEDIA KIOS LAYAN DIRI, PERLUAS TRANSAKSI TANPA TUNAI
ALOR GAJAH 19 Oktober - Orang awam kini mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran perkhidmatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dengan...
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK PASTIKAN MENARA TAMING SARI MERIAH SAMPAI HUJUNG TAHUN
TELOK MAS 19 Oktober - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) merancang beberapa program sampingan bagi mempelbagaikan tarikan aktiviti pelancongan di...
