Kerajaan Negeri sambut baik IKR, lihat semula kaedah pelaksanaan

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 22 Jun- Kerajaan Negeri menyambut baik pengumuman Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengenai peruntukan RM500 juta menerusi Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) bagi projek kecil yang boleh dimohon oleh orang ramai.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pengumuman itu dianggap amat bagus dan wajar dilaksanakan.

Katanya, Kerajaan Negeri akan melihat kaedah terbaik bagi melaksanakan permohonan menerusi IKR.

“Pengumuman ini dibuat kelmarin (Selasa), ini merupakan inisiatif yang baik kerana boleh dimohon terus oleh rakyat dan akan dilaksanakan oleh pihak berkaitan terutamanya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

“Saya akan melihat kaedahnya bagaimana untuk melaksanakan permohonan tersebut. Pada saya IKR ini bagus kerana rakyat dan Kerajaan Negeri tidak ada halangan dalam berurusan, peruntukan ini sangat dialu-alukan,” katanya.

photo_2023-06-22_13-07-04
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Jun 2023 dan Program Hari Bertemu Rakyat (Open Day) Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Media pada Selasa melaporkan Kementerian Ekonomi memperuntukan RM500 juta menerusi IKR bagi projek kecil yang boleh dimohon oleh orang ramai.

Menterinya, Rafizi Ramli, berkata inisiatif dalam usaha pendemokrasian dana kerajaan itu membolehkan rakyat mengemukakan permohonan projek infrastruktur kecil awam terus kepada kementerian.

Beliau berkata, menerusi IKR, orang ramai boleh memohon peruntukan projek kecil seperti pembaikan jalan raya, laluan pejalan kaki, penyelenggaraan lif, baik pulih surau dan sekolah, dengan perolehan akan melalui proses sedia ada melalui badan pelaksana seperti PBT.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1325
Kongsi :
Previous post Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka: aduan rakyat tanpa sempadan
Next post Pertimbang keperluan ‘server’ baharu Sistem e-Tanah Melaka – KM
Ubah saiz-+=