
Kereta terjunam dalam sungai, lapan lemas
BETONG 1 Jan. – Kesemua lapan sekeluarga lemas selepas kenderaan pikap dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti feri Triso, Beladin, di sini, hari ini, menurut sumber portal Berita Harian sebentar tadi.
Walaupun orang awam berjaya mengeluarkan kesemua mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit, namun kesemua mereka sudah lemas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.
Beliau berkata, laporan penuh kejadian itu masih belum diperolehi.
Views:
Related
Berita Lain
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...


