Kerjasama ASEAN-China: Pelancongan rentas sempadan penting kepada pemulihan – Ismail

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LUMPUR 10 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa inisiatif bersama berhubung ‘gelembung pelancongan’ dan peraturan kuarantin boleh diteroka antara ASEAN dan China bagi memulihkan industri pelancongan dan juga saling hubungan antara penduduk.

Beliau berkata dengan berbuat demikian setiap negara berada di kedudukan lebih baik untuk pulih daripada kesan COVID-19.

“Begitu juga dengan pengiktirafan bersama dokumen pengiktirafan vaksinasi yang merupakan satu lagi bidang yang mantap untuk diteroka,” tambahnya.

Beliau berkata, usaha kreatif adalah penting dalam mengembalikan hubungan antara penduduk memandangkan pandemik ini telah mengakibatkan sempadan negara diperketat, dan pelancongan masih dianggap sebagai aktiviti berisiko tingi.

“Sehubungan itu kita merasa gembira apabila ASEAN sedang membangungkan dengan aktif kerangka kerja urusan koridor pelancongan bagi memberi kemudahan kepada perdagangan rentas sempadan serta pelaburan, dan ini akan mewujudkan laluan yang mantap ke arah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap secara maya di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-18 dan Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan Chin-ASEAN (CABIS) ASEAN yang berlangsung di Nanning, China.

Gelembung pelancongan adalah satu daripada tiga faktor utama yang diketengahkan oleh Ismail Sabri di forum itu untuk menjadi asas kepada masa depan hubungan ASEAN-China, dan dalam memudahkan pemulihan ekonomi kesan impak COVID-19.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, China amat penting kepada ASEAN terutama sebagai negara rakan terawal menawarkan bantuan semasa pandemik.

“Semasa kita telah menempa pelbagai kejayaan menerusi usaha bersama, ada banyak lagi yang kita boleh capai.

“Saya optimis bahawa ASEAN dan China akan terus meningkatkan dan mengangkat kerjasama strategik ini ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

420
Kongsi :
Previous post Sambutan Hari Malaysia diadakan dengan SOP ketat – KSU KKMM
Next post Polis cari lelaki 36 tahun bantu siasatan kes jenayah
Ubah saiz-+=