
Polis cari lelaki 36 tahun bantu siasatan kes jenayah
JASIN 10 Sept – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi motosikal.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, lelaki berkenaan dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
“Individu berkenaan adalah K Rajoo, berusia 36 tahun dan beralamat di Air Kuning, Gemencheh, Negeri Sembilan.
“Suspek dipercayai terbabit kes curi motosikal di Batang Melaka, 15 Mei lalu manakala kes pecah rumah di Selandar 7 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Nurzafira di talian 013-730 5560 atau 06-529 2222 (sambungan 378).
Jelasnya, maklumat juga boleh disalurkan Sarjan Abd Jamil Nordin di talian 012-659 9819 atau di talian 06-529 2222 sambungan 380.
“Orang ramai boleh juga menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN DUA PENJURU DI N04 LENDU
LENDU 31 Oktober - Dua pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04...
BALAI SENI LUKIS BAWA 48 KARYA GAMIT MEMORI, WARISAN MASYARAKAT FELDA
BANDA HILIR 31 Oktober - Sebalik warna, tekstur dan bentuk hasil seni dipamerkan tersirat kisah kehidupan, memori serta trasformasi masyarakat...
PRN MELAKA: MERLIMAU SAKSI PERTEMBUNGAN DUA PENJURU
MERLIMAU 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan...
PRN MELAKA: DUA PENJURU DI DUN DUYONG
DUYONG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: SAINGAN TIGA PENJURU DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
ASAHAN GAMAT DENGAN KEHADIRAN 1,000 PENYOKONG BN
ASAHAN 31 Oktober – Kibaran bendera parti, sorakan penyokong dan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) mencetuskan suasana meriah...
