
Kertas siasatan Long Tiger lari dari lokap mahkamah hampir siap – Ayob Khan
JOHOR BAHRU, 31 Dis – Kertas siasatan membabitkan kes ‘Long Tiger’, lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Abdul Hamim dan tiga lelaki berumur 36 hingga 46 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, selepas Abdul Hamim dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Dis lepas, sebelum perbicaraan kesnya bermula.
Selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, Abdul Hamim juga masih berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AKSI ‘PACAK’ PESAWAT TUDM PUKAU ORANG MELAKA
KLEBANG 31 Ogos - Aksi pesawat tempur, pengangkut dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggegarkan ruang udara Melaka memukau...
ORANG SELANGOR, PAHANG PILIH SAMBUT MERDEKA DI MELAKA
KLEBANG 31 Ogos - Kredibiliti Melaka menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan yang meriah ternyata bukan sahaja menarik rakyat tempatan, malah turut...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: MELAKA RIVER CRUISE JADI TUMPUAN
BANDA HILIR 31 Ogos - Tawaran kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 digunakan oleh pengunjung tempatan dan luar negara...
HARI KEBANGSAAN MELAKA LAKAR SEJARAH, REKOD LEBIH 150,000 PENGUNJUNG
KLEBANG 31 Ogos - Lebih 150,000 pengunjung memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026 yang diadakan di Klebang sepanjang...
KETUA MENTERI SEBAK LIHAT SOKONGAN RAKYAT MELAKA SEMARAK HARI KEBANGSAAN
KLEBANG 31 Ogos - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak dapat menyembunyikan rasa sebak melihat sokongan...
GELAGAT 500 GURU KAFA PIKAT PERHATIAN, RAIH ANUGERAH KONTINJEN CERIA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah seiring, pakaian seragam dan wajah penuh ceria menjadi cerminan semangat Persatuan Guru-Guru Jabatan Agama Islam...
