
Kes chikungunya di Pulau Pinang meningkat
GEORGE TOWN 18 Jun (Bernama) — Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dalam tempoh seminggu dengan 55 kes dicatatkan bagi tempoh 7 hingga 13 Jun lepas, berbanding 157 kes bagi tempoh Januari hingga 6 Jun.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata bagaimanapun tiada kematian akibat penyakit itu dilaporkan di Pulau Pinang setakat ini.
Menurutnya pada masa ini terdapat 15 lokaliti wabak di daerah Timur Laut dengan tiga lokaliti wabak tidak terkawal di Flat Padang Tembak, Lorong Sempadan dan Taman Air Itam.
“Wabak terkawal pula di lokaliti Kampung Pisang, Kampung Jalan Perak, Desa Baiduri, Jalan Lahat, Jalan Khoo Hye Keat, Kondominium Kiara Indah, Sri Impian, Jalan Goh Guan Ho, Desa Permata, Taman Terubong Jaya, Tingkat Lembah Ria dan Greenlane Park,” katanya kepada Bernama malam tadi.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BERAS MELAKA: DARI SAWAH KE MEJA MAKAN RAKYAT
AYER KEROH 2 Oktober - Dari sawah yang diusahakan pesawah tempatan hingga ke meja makan rakyat, inisiatif Beras Melaka terus...
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...

