
Kes Covid-19 di AS melepasi 2 juta
NEW YORK 11 Jun — Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi dua juta pada Rabu malam mencecah 2,000,464, memetik data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data itu lagi angka korban juga terus meningkat kepada 112,924.
New York kekal negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan 380,156 kes dan 30,542 kematian.
New Jersey, California, Illinois, dan Massachusetts pula masing-masing mencatatkan kes melebihi 100,000.
Menurut The Washington Post, sejak awal Jun, puluhan negeri di AS, termasuk Texas dan California, rata-ratanya mencatatkan kes Covid-19 tertinggi, sebahagiannya disebabkan protes besar-besaran ekoran kematian George Floyd.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...

