
Kes COVID-19 di Tanjung Kling diklasifikasikan sebagai sporadik – Exco Kesihatan
AYER KEROH 8 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka masih menyiasat punca jangkitan satu kes COVID-19 yang berlaku di negeri ini, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, disebabkan punca jangkitan masih belum dikenal pasti, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai sporadik buat masa ini.
“Pihak Jabatan Kesihatan masih melakukan siasatan mengenai kes berkenaan kerana belum mengetahui dari mana punca jangkitan.
“Apa pun, tindakan telah diambil dengan menjalankan saringan ke atas semua kontak rapat dan kontak sosial individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan terdapat pertambahan satu kes COVID-19 di Melaka Tengah iaitu di mukim Tanjung Kling.
Kes itu dikesan melalui saringan kemasukan pekerjaan yang telah dijalankan.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
