
Kes COVID-19 seluruh dunia sudah melepasi 50 juta
NEW YORK, 9 Nov – Kes COVID-19 di seluruh dunia pada Ahad sudah melepasi 50 juta, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.
Jumlah kes mencecah 50,052,204, dengan angka kematian seramai 1,253,110 setakat 11.24 pagi waktu tempatan (1624 GMT).
Amerika Syarikat kekal negara paling banyak melaporkan kes dan kematian, masing-masing berjumlah 9,879,323 dan 237,192. India mencatatkan 8,507,754 kes, di tempat kedua. Diikuti Brazil dengan 5,653,561 kes dan 162,269 kematian, jumlah korban kedua tertinggi di dunia.
Negara yang mencatatkan lebih 1.1 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Britain dan Colombia, sementara negara dengan lebih 40,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain, Itali dan Perancis.
Kes global meningkat 30 juta pada 17 September dan naik lagi menjadi 40 juta pada 19 Oktober. Hanya dalam tempoh 32 hari kes global meningkat dari 30 juta menjadi 40 juta, dan dalam masa 20 hari dari 40 juta bertambah ke 50 juta.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
