
Kes pukul di sekolah: 13 pelajar Tingkatan 4 ditahan
ALOR SETAR, 28 April – Polis menahan seramai 13 pelajar tingkatan empat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Langkawi hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki dipukul beberapa pelajar lain yang tular menerusi satu rakaman video.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata seramai 12 pelajar ditahan pada 12.30 tengah hari tadi manakala seorang lagi ditahan pukul 3 petang.
“Daripada jumlah kesemua pelajar yang ditahan, lima daripada mereka merupakan rakan sekelas kepada mangsa manakala baki yang lain dari kelas berasingan. Rakaman percakapan sedang diambil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan polis menerima satu laporan berkaitan kes seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun yang dipukul beberapa pelajar lain dalam satu rakaman video berdurasi 25 saat.
Kejadian yang berlaku pada 9 pagi semalam itu dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain yang mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pagi tadi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA JUGA PERNAH RASAI KEPAYAHAN SEBAGAI NELAYAN’ – ROSLI ABDULLAH
KUALA LINGGI 3 November - Membesar dalam komuniti nelayan, banyak membantu calon Barisan Nasional (BN) kerusi N01 Kuala Linggi, Datuk...
PRN MELAKA: KEROSAKAN BAHAN KEMPEN ANTARA TUJUH KES DISIASAT
AYER KEROH 3 November – Polis menerima lapan laporan dan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
PRN MELAKA: NADARAJAH SANTUNI WARGA EMAS, DENGAR SUARA PENDUDUK GADEK
GADEK 3 November - Kunjungan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Gadek, Nadarajah ke Kampung Hilir...
PRN MELAKA: KEROSAKAN BAHAN KEMPEN ANTARA TUJUH KES DISIASAT
AYER KEROH 3 November – Polis menerima lapan laporan dan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
PRN MELAKA: BUKAN POPULARITI, PRESTASI JADI UKURAN – HELMY
DUYONG 3 November - Populariti dan pengaruh di media sosial bukan jaminan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16,...
TOK RAUF TEKAD PERTAHAN MARUAH BANGSA, WARISAN PERJUANGAN UMNO DITERUSKAN
TANJUNG BIDARA 3 November - Perjuangan membela nasib dan mempertahankan maruah bangsa perlu diteruskan demi memastikan generasi akan datang tidak...

