Ketua Menteri prihatin bantu mangsa kemalangan

Masa Membaca:59 Saat

MELAKA 24 April – Seorang penunggang motosikal yang terpaksa menanggung kesakitan akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) berhampiran lampu isyarat Gangsa mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Pemimpin negeri itu mengarahkan konvoi yang mengiringinya sebaik melihat kemalangan itu ketika dalam perjalanan dari Masjid Tanah menghala ke kediaman rasminya di Seri Bendahara.

Menerusi catatan Facebook rasminya, Sulaiman berkata sebaik melihat kemalangan itu, beliau memberikan bantuan bagi membolehkan penunggang motosikal berkenaan mendapatkan rawatan segera.

“Dalam perjalanan pulang dari Masjid Tanah tadi, sempat saya minta hentikan konvoi sebaik lihat ada kemalangan yang baru berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuh SPA berhampiran Gangsa.

“Melihat keadaan penunggang motosikal yang terlantar di jalan, saya cuba bantu dengan mengubungi ambulans untuk pastikan pemuda ini dapat segera rawatan,” katanya.

SULAIMAN menghubungi ambulans bagi membolehkan mangsa kemalangan itu mendapat rawatan segera.

Dalam pada itu Sulaiman meningatkan rakyat di negeri ini supaya mengutamakan keselamatan jalan raya terutama pada musim perayaan.

“Dah tiba musim perayaan ni, hati-hatilah bila di jalan raya. Kenderaan pun dah makin banyak masuk Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1539
Kongsi :
Previous post Ramai murid tidak kenal jawi, mengaji al-Quran
Next post Pemandu e-hailing murah rezeki di musim perayaan
Ubah saiz-+=