
Ketua Menteri terima kunjung hormat selebriti antarabangsa, Fan Bingbing
SERI NEGERI 14 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, menerima kunjung hormat daripada selebriti antarabangsa, Fan Bingbing yang dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh.
Fan Bingbing yang datang berkebaya nyonya berwarna merah jambu bersama delegasinya tiba di Seri Negeri kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu, difahamkan Ab Rauf dan Fan Bingbing mengadakan perbincangan dan saling bertukar pandangan mengenai bentuk promosi merancakkan lagi sektor pelancongan Negeri Melaka.
Sesi kunjung hormat itu turut disertai Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta kenamaan lain.
Aktres jelita itu difahamkan tiba di Melaka pada jam 12 tengah malam tadi bagi tujuan mempromosikan TMM2024 sehingga 16 Jun ini.
Beliau turut dijadual akan mengadakan sesi Meet and Greet Fan Bingbing di Encore Melaka, esok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HARI KEBANGSAAN MELAKA: 30 BAS, 90 VAN SHUTTLE PERCUMA MUDAHKAN ORANG RAMAI
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 30 bas dan 90 van ulang-alik (shuttle) percuma disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan pergerakan...
ZAKAT RIQAB MAIM BANTU ‘ORANG DISELIA’ BINA HIDUP BAHARU
MERLIMAU 21 Ogos - Sebanyak RM70,000 daripada peruntukan zakat Riqab Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disalurkan bagi merealisasikan Kafe Riqab...
CHARITY RIDE PDRM-IPSC SANTUNI 10 PESARA POLIS DI MELAKA
AYER KEROH 21 Ogos – Program Konvoi ‘Charity Ride’ Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ipoh Superbike Club (IPSC) sempena Sambutan Hari...
TUN DR. MOHD ALI SEMPURNAKAN PERASMIAN MASJID AL-MUKMINUN SERI MENDAPAT
SUNGAI RAMBAI 21 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan perasmian Masjid Al-Mukminun...
20,000 T-SHIRT, 2,000 HELMET EKSKLUSIF JADI TARIKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sebanyak 20,000 helai t-shirt istimewa dan 2,000 helmet eksklusif bakal menjadi antara tarikan utama Karnival...
HARI KEBANGSAAN: 13 PRODUK PELANCONGAN MELAKA PERCUMA UNTUK RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 21 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka bukan hanya tertumpu kepada acara kemerdekaan, malah rakyat Malaysia...

