Ketua Menteri terima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 23 Mac. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini melengkapkan dos kedua suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Sulaiman menerima suntikan itu pada jam 9.30 pagi di pekarangan Kompleks Seri Negeri di sini.

Turut hadir melengkapkan suntikan berkenaan adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ismail Ali.

SULAIMAN menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 yang dilakukan vaksinator Siti Noratiqah Mohamad dari Klinik Kesihatan Cheng di pekarangan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Sulaiman menerusi hantaran akaun di Facebooknya berkata, beliau bersyukur kerana melengkapkan kedua-dua vaksin berkenaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri Melaka.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada vaksinator, Siti Noratiqah Mohamad dari Klinik Kesihatan Cheng kerana telah memberi suntikan vaksinasi COVID-19 dos kedua kepada saya sebentar tadi.

“Jom sama-sama jayakan kempen daftar program imunisasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Pada 2 Mac lalu, Sulaiman menjadi individu pertama di negeri itu menerima suntikan berkenaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri Melaka.

Turut menerima suntikan dos pertama bersama beliau adalah 60 individu lain termasuk barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

tamat

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

453
Kongsi :
Previous post Waspada hujan lebat di Johor, Sabah dan Sarawak- MetMalaysia
Next post Sasar 280,000 benih udang galah, ikan dilepaskan di perairan umum Melaka
Ubah saiz-+=