
Ketua menteri tiba di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh untuk suntikan vaksin COVID-19
AYER KEROH 2 Mac. – Dewan Seri Negeri, di sini, menjadi tumpuan sebagai lokasi pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Melaka, hari ini, yang dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali tiba di dewan berkenaan pada jam 10 pagi sebelum mengimbas suhu dan aplikasi QR Code yang disediakan.
Terdahulu, seawal jam 9.30 pagi tetamu kenamaan termasuk barisan petugas barisan hadapan mula tiba pekarangan bagi menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.
Antara penerima suntikan vaksin yang sudah tiba di kompleks berkenaan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.
Turut kelihatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari yang tiba pada jam 9.45 pagi disusuli ADUN Rim merangkap Timbalan Speaker negeri, Datuk Wira Ghazale Muhammad.
Turut dijangka menerima suntikan, petugas barisan hadapan iaitu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...

