
Ketua Pengarah RTM terima gelaran Datuk
SERI NEGERI 24 Ogos – Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Suhaimi Sulaiman antara 64 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.
Darjah kebesaran itu diterimanya pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-74 Tahun 2023 di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.
D.P.S.M yang dianugerahkan adalah darjah kebesaran yang mula diperkenalkan pada 2010 kepada orang perseorangan yang telah memberi perkhidmatan terpuji kepada Negeri Melaka dan negara.
Suhaimi, 61, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat.
Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.
Beliau bukanlah nama asing dalam bidang penyiaran dan kewartawanan negara memandangkan telah banyak menyandang beberapa jawatan penting sebelum ini.
Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020, selain pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak dan Media Prima.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBUNYI KERESAHAN SEBALIK SENYUMAN, TAK SANGGUP LIHAT ANAK DERITA KANSER
DURIAN TUNGGAL 7 November - Sebagai ibu Noraslinda Abd Rahman, 44, menyembunyikan keresahan dalam diri sebalik senyuman setiap kali memandang...
WRUR: SMK DURIAN TUNGGAL TERIMA DUA KIPAS GERGASI SUMBANGAN KETUA MENTERI
DURIAN TUNGGAL 7 November - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal menerima sumbangan dua buah kipas gergasi yang akan dipasang...
‘HEBAT’ SIRI KEDUA DIADAKAN 13 NOVEMBER, PLATFORM SANTUNI MASALAH RAKYAT MELAKA
BANDARAYA MELAKA 7 November - Permasalahan dan aduan yang disampaikan rakyat menerusi program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)...
WRUR: RM82.5 JUTA TAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 7 November - Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan RM82.5 juta bagi menambah baik infrastruktur pendidikan di...
EKSKAVASI KAPAL PURBA DI PULAU MELAKA MUNGKIN AMBIL MASA LEBIH 2 TAHUN
BANDA HILIR 7 November - Proses ekskavasi kapal purba dan artifak di kawasan berhampiran Pulau Melaka dijangka mengambil masa dua...
WRUR: KAMPUNG GANGSA BAKAL MILIKI MASJID BAHARU
DURIAN TUNGGAL 7 November - Hasrat penduduk Kampung Gangsa memiliki masjid baharu bakal direalisasikan apabila Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan peruntukan...
