Ketua Pengarah RTM terima gelaran Datuk

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Suhaimi Sulaiman antara 64 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah kebesaran itu diterimanya pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-74 Tahun 2023 di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.

D.P.S.M yang dianugerahkan adalah darjah kebesaran yang mula diperkenalkan pada 2010 kepada orang perseorangan yang telah memberi perkhidmatan terpuji kepada Negeri Melaka dan negara.

Suhaimi, 61, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Portland State University, Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Beliau bukanlah nama asing dalam bidang penyiaran dan kewartawanan negara memandangkan telah banyak menyandang beberapa jawatan penting sebelum ini.

Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 dan Pengerusi Bernama pada 2020, selain pernah bertugas di Kumpulan Media Sarawak dan Media Prima.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3290
Kongsi :
Previous post Melaka anjur Minggu Sains Negara Oktober depan
Next post Tiada kompromi anggota, pegawai polis salah guna kuasa – KPN
Ubah saiz-+=