KEUNIKAN ASAHAN BIKIN UKM ‘JATUH HATI’

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

ASAHAN 10 November – Bagi mempelajari perkembangan produk-produk kampung, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan sebagai destinasi persinggahan programnya.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, pemilihan DUN Asahan sebagai lokasi program Budi Watan Asahan Melaka telah memberi satu pengalaman baharu kepada para pensyarah dan pentadbir universiti.

“Bagi saya Asahan ini unik, ini adalah satu manifestasi UKM untuk bergerak bersama komuniti kampung di DUN ini.

“Sudah tentu memilih DUN ini juga bertepatan dengan fokus pihak universiti untuk menimba ilmu mengenai pembuatan produk tradisional dihasilkan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas program Budi Watan Asahan Melaka di Masjid Tun Khalil Asahan, di sini, semalam.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Img 20241109 Wa0043
PROF. Dr. Mohd Ekhwan

Mengulas lanjut, Prof. Dr. Mohd Ekhwan berkata, program seumpamanya diadakan adalah bertujuan untuk membuka mata pensyarah mahupun pentadbir UKM terhadap program kemasyarakatan dan tidak hanya duduk di dalam kepompong universiti.

“Saya mahu mereka ini turun padang bersama komuniti dan belajar dengan komuniti bagaimana sebenarnya kita boleh mengambil iktibar dan pelajaran daripada program ini.

“Bila mereka bersama komuniti, semangat kerjasama dan gotong-royong bersama penduduk itu akan terhasil dan ini yang kita mahukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post WTD 2025 PELUANG TERBAIK PERKENAL PRODUK USAHAWAN MELAKA KEPADA DUNIA
Next post REMAJA PEREMPUAN MAUT JATUH DARI TINGKAT 16 KONDOMINIUM
Ubah saiz-+=