Kilang ayam didakwa punca bau busuk dikompaun
MACHAP 27 Julai – Kerajaan Negeri meminta penyelarasan penguatkuasaan dilaksanakan agensi berkaitan keatas sebuah kilang ayam di Kuala Sungga, di sini, didakwa menjadi punca bau busuk hingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk sekitar.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, terdahulu penduduk membuat laporan berhubung pencemaran bau yang turut menyebabkan kehadiran lalat didakwa berpunca dari kilang berkenaan.
Rais berkata, susulan laporan itu beliau bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ke lokasi berkenaan bagi menjalankan lawatan.
“Saya difahamkan bahawa reban (dibina) tiada kelulusan daripada MPAG.
“Justeru itu, saya sudah meminta agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Badan Kawal Selia Air (BKSA) dan juga MPAG menyelaraskan penguatkuasaan,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu penting bagi memastikan isu berkenaan diselesaikan mengikut garis panduan ditetapkan.
“Selain itu bangunan yang tidak ada permit, notis dan kompaun akan dikeluarkan. Manakala bagi masalah pencemaran pula, BKSA dan JAS sudah ambil tindakan kompaun keatas premis terbabit,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA SERIUS PERKASA MASYARAKAT DESA
KOTA LAKSAMANA 6 November - Pembangunan kawasan luar bandar dan pemerkasaan masyarakat desa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Melaka dalam...
TASKA BEROPERASI SECARA HARAM DISITA JKM MELAKA
AYER KEROH 6 November - Sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) disita Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas didapati beroperasi secara haram...
FESTIVAL MELAKA 2024 ‘LUBUK’ USAHAWAN BERJAYA
AYER KEROH 6 November - Penganjuran Festival Melaka 2024 yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok dijangka bakal menarik...
MAIM BUKA 5 KAUNTER AGIHAN ZAKAT WAKTU REHAT
BANDARAYA MELAKA 6 November - Bagi memastikan kelancaran operasi pada waktu rehat Pejabat Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)...
PORT ‘GLAMPING’ BAHARU DI PUNCAK LAKSAMANA
AYER KEROH 6 November - Selain menjadi mercu tanda baharu Melaka, Puncak Laksamana Bukit Beruang bakal menyediakan satu 'port glamping'...
SISTEM E-TANAH WADAH TRANSFORMASI PENTADBIRAN TANAH
PUTRAJAYA 6 November - Pemeteraian Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah bagi Negeri Melaka merupakan satu manifestasi komitmen dan kolaborasi erat di...