Kilang di Masjid Tanah cetus kluster COVID-19 kali kedua

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah merekodkan kluster berulang hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Kluster Jalan Masjid Tanah 2 itu mula dikesan membabitkan dua kes indeks iaitu pekerja kilang warganegara Malaysia masing-masing berumur 40 dan 49 tahun.

Mereka mula bergejala pada 21 Julai dan disahkan positif hasil saringan pada 26 Julai.

“Sehingga kini sebanyak 1,042 saringan telah dijalankan ke atas pekerja dan 34 disahkan positif COVID-19,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka memaklumkan berlaku peningkatan kes harian baharu COVID-19 di Melaka iaitu sebanyak 578 kes, berbanding 360 kes semalam.

Majoritinya disumbangkan saringan kontak keluarga iaitu 223 kes, diikuti 102 kes saringan bergejala orang ramai, 101 kes melibatkan kluster kilang dan 24 kes kluster bukan kilang.

Kluster Industri Batu Berendam yang dikesan Februari lalu masih aktif dengan kes harian tertinggi 42 kes baharu, sekali gus menjadikan kluster berkenaan sebagai antara kluster terbesar penyumbang kes COVID-19 di Melaka dengan 1,663 kes keseluruhan setakat ini.

JKN Melaka turut memaklumkan terdapat pertambahan lapan kematian akibat COVID-19 hari ini membabitkan individu berusia 27 hingga 58 tahun.

Majoriti kes kematian hari ini membabitkan pesakit obesiti, selain ada yang mempunyai sejarah darah tinggi dan kencing manis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

462
Kongsi :
Previous post Prosedur berkaitan visa tunai umrah sedang diteliti
Next post COVID: Satu kes kematian direkodkan berkaitan sidang khas di Parlimen
Ubah saiz-+=