Kilang di Tangga Batu, Bachang cetus kluster baharu

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 14 Ogos – Dua buah kilang di Tangga Batu dan Bachang di daerah Melaka Tengah menjadi penyumbang kluster baharu di Melaka, hari ini.

Dua kluster baharu itu dikenali sebagai Kluster Industri Tangga Batu dan Kluster Industri Jalan Berkat Sembilan.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua kluster itu mula dikesan melalui saringan kontak keluarga dan seterusnya merebak ke tempat kerja dan keluarga.

Seramai 786 kontak rapat telah disaring membabitkan Kluster Industri Tangga Batu dan daripada jumlah itu 41 dikesan positif setakat ini.

Manakala, Kluster Industri Jalan Berkat Sembilan pula telah merekodkan 34 kes positif daripada 89 saringan kontak rapat.

Dalam pada itu, JKN Melaka turut memaklumkan pertambahan 521 kes positif baharu di negeri ini pada hari ini.

Majoriti kes positif harian itu disumbangkan oleh saringan bergejala orang ramai iaitu sebanyak 201 kes, diikuti 159 kes kontak keluarga, 58 melibatkan kluster kilang, 22 kes tempat kerja bukan kilang dan enam institusi penjara.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan lagi kematian hari ini membabitkan individu berusia 28 hingga 84 tahun.

“Sehingga kini 6,395 kes masih dirawat dengan 110 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 34 memerlukan alat bantuan pernafasan,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

477
Kongsi :
Previous post Pulau peranginan utama dijangka buka awal Sept – Nancy
Next post 7 cadangan kerajaan tidak merujuk pembentukan kerajaan baharu – Saifuddin
Ubah saiz-+=