Kilang perabot diarah tutup selepas disyaki palsu maklumat dalam surat kebenaran operasi

Masa Membaca:57 Saat

BALAKONG 2 Jun – Sebuah kilang perabot di sini diarah tutup selepas dipercayai memalsukan maklumat dalam permohonan surat kebenaran untuk beroperasi semasa pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mengarahkan premis itu ditutup selepas melakukan tinjauan hari ini, berkata kilang tersebut beroperasi menggunakan surat kebenaran yang dikeluarkan untuk barangan rumah.

“Pembuatan perabot ini juga kita tidak kira sebagai sektor perlu dan ia tidak dibenarkan kerana mempunyai jumlah pekerja ramai yang boleh menyebabkan penularan penyakit COVID-19,” katanya sambil menambah kilang itu akan dikompaun sebanyak RM50,000 jika berdegil tidak mahu menutup premis terbabit.

HAMZAH.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan pematuhan SOP di tiga kilang di sini termasuk kilang perabot itu bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati kilang itu beroperasi dengan bilangan sumber manusia yang besar iaitu 200 pekerja.

Hamzah turut meminta pemilik kilang dan syarikat supaya jujur ketika membuat pengisytiharan bagi memohon surat kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

685
Kongsi :
Previous post Ibu bapa perlu elak bawa bayi, anak di bawah lima tahun ke tempat sesak termasuk pasar raya
Next post Kematian berkaitan COVID-19 mungkin cecah 26,000 kes menjelang September – Kajian
Ubah saiz-+=