KJ ‘spot check’ Hospital Kajang
KAJANG 18 Sept – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat lawatan mengejut atau ‘spot check’ selama kira-kira sejam di Hospital Kajang hari ini.
Insiden mengejut itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Nik Aminudin NSS yang memuji Khairy kerana membuat kejutan secara diam-diam pada hari Sabtu dengan ditemani seorang pegawai sahaja.
Nik Aminudin dalam statusnya yang turut berkongsi beberapa keping gambar mendakwa, hanya dengan cara itu barulah Menteri Kesihatan dapat gambaran sebenar di hospital berkenaan yang kebiasaannya tiada pengurusan tertinggi di hospital pada hujung minggu.
“Sempoi YB KJ, Menteri Kesihatan datang diam-diam je ke Hospital Kajang, bawa seorang pegawai, datang hari Sabtu.
“Weekend semua top management hospital tiada….sure pengarah hospital pun tak tau..Macam ni baru tahu keadaan sebenar Hospital Kajang, ok ke tidak.
“Harap Bajet 2022 dapat lebihla Hospital Kajang ya. Terbaik Chief Khairy Jamaluddin,” katanya dalam status Facebook.
Perkongsian Aminudin menjadi tular dan setakat jam 10 malam ini status itu mendapat 9, 300 reaksi, 627 komen dan dikongsi semula lebih 7, 200 kali.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengalu-alukan tindakan Khairy dan berharap menteri lain turut membuat perkara yang sama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PDRM-KERAJAAN MELAKA JALIN KERJASAMA KURANGKAN KADAR JENAYAH
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited bagi memastikan kadar jenayah di Melaka yang juga sebuah...
PDRM SEDIA KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA WTD 2025
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membantu dalam aspek kawalan keselamatan sempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia...
KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM30,000 UNTUK IPD SELURUH MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Kesemua tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM30,000 daripada...
WANITA NYARIS MAUT, KERETA TERBABAS REMPUH BESI PEMBAHAGI JALAN
JASIN 15 Disember - Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kesang...
MELAKA ANJUR ACARA SUKAN UNTUK PASUKAN BERUNIFORM
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Satu acara sukan yang membabitkan pasukan unit beruniform di negeri ini akan diadakan pada awal...
KETUA MENTERI, KETUA POLIS NEGARA TUNJUK BAKAT MEMASAK
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Program Memasak Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Dan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional...