
KKJS sedia terima kemasukan pelajar baharu
JASIN 2 Julai – Kolej Komuniti Jasin (KKJS) sedia menerima kehadiran pelajar baharu bagi melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) sesi Jun 2020 dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Pengarah Kolej Komuniti Jasin, Ismail Samsudin berkata, persediaan itu diatur Unit Pengurusan Akademik dengan Unit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) KKJS dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Menurutnya, semua makmal, bengkel dan bilik kuliah akan disusun mengikut SOP MKN serta mengikut garis panduan pengendalian pengajaran dan pembelajaran.
“Penjarakan sosial antara meja sekurang-kurangnya satu meter, meletakkan tanda ‘X’ sebagai panduan jarak sosial, penyediaan pensanitasi tangan dan kawasan mencuci tangan, merekod serta membuat saringan suhu badan di pintu masuk kolej.
“KKJS juga meletakkan tanda di lantai sebagai panduan penjarakan sosial dan menetapkan keseragaman mengikut amalan EKSA ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif,” katanya.
Ismail turut mengingatkan seluruh warga KKJS untuk sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan di samping menjaga kebersihan diri dan mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi virus Covid-19 ini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
TOK RAUF KONGSI KEMAJUAN KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi pencapaian dan kemajuan Kampung Pulau dalam...
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
