
KKM keluarkan 42 kompaun sepanjang tempoh PRN Johor
TANGKAK, 10 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah itu, 13 kompaun telah dijelaskan membabitkan nilai keseluruhan RM13,000.
“Walaupun ada 42 kompaun dikeluarkan, tetapi setakat ini pematuhan boleh tahan dan saya harap akan kekal sehingga hari pengundian nanti kerana yang penting kita mahu pengundi Johor keluar mengundi dan rasa selamat untuk mengundi,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Bukit Gambir di sini, hari ini.
Khairy pada masa sama meminta semua calon dan jentera parti yang bertanding supaya kekal mematuhi SOP terutamanya dalam soal penjarakan fizikal semasa sesi tinjauan dan ceramah.
“Penjarakan fizikal ni susah kita nak ‘maintain’ (kekalkan) satu meter sekarang, sebab itu saya maklumkan kepada penguat kuasa saya guna budi bicara dengan penjarakan yang munasabah,” katanya.
Beliau berkata KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan pelanggaran SOP, namun sehingga kini hanya satu kompaun telah diserahkan pada 8 Mac lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
