KKM nafi kes varian Omicron di Perak

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KUALA LUMPUR 30 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan varian Omicron dikesan di Perak.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), KKM menafikan kesahihan mesej tular itu.

Katanya, mesej tular itu mendakwa varian Omicron yang merupakan varian baharu COVID-19 dengan 32 mutasi ‘spike’ protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta dikesan di negeri Perak.

“KKM menjelaskan bahawa setakat ini tiada kes COVID-19 varian Omicron di kesan di negara ini,” kata kenyataan itu.

Berikutan itu KKMM menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber tidak sahih.

“Ia boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat dan rujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat sahih,” kata kenyataan itu.

Varian Omicron atau juga dirujuk dengan strain baharu Covid-19 itu sebagai B.1.1.529, pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) muncul daripada Afrika Selatan pada 24 November lalu selain turut dikesan di beberapa negara lain luar Afrika termasuk Belgium, Hong Kong, Britain, Jerman, Itali dan Israel.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 26 Nov lalu menyarankan perantau dengan 14 hari sejarah perjalanan ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Nambia, Afrika Selatan, dan Zimbabwe termasuk warga negara berkenaan tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Katanya, KKM akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu masuk antarabangsa bagi memastikan kewujudan varian itu dikesan dengan cepat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

547
Kongsi :
Previous post Abang Sallehuddin dilantik semula KP DBP
Next post Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diberi keutamaan – PM Ismail Sabri
Ubah saiz-+=