Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh: Kemungkinan besar kes sporadik – Rahmad

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH  8 Mei –  Kluster membabitkan hotel di Jalan PKAK Ayer Keroh kini dalam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengenalpasti punca sebenar jangkitan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster baharu membabitkan tempat kerja itu sedang dikenalpasti bagi menentukan sebarang keperluan penutupan atau kebenaran bagi pengoperasiannya.

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman. Gambar fail

Jelasnya, setakat ini dua premis dan beberapa rumah individu telah menjalankan kerja kerja disinfeksi bermula 3 hingga 7 Mei lalu oleh KKM.

“Kluster ini berkemungkinan besar merupakan jangkitan sporadik iaitu jangkitan dalam komuniti yang berpunca dari tempat kerja dan ia dijangka akan tamat pada 5 Jun depan.

“Semua kontak rapat yang terlibat adalah rakan sekerja dari kakitangan pentadbiran, pengurusan, penyeliaan dan jurutera dari hotel itu namun ia tidak melibatkan pekerja daripada bahagian penyediaan makanan ketering atau bufet.

“Siasatan lanjut sedang dibuat dan jika ada keperluan untuk tindakan penutupannya kita terpaksa akur dengan arahan penutupan tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post Tiada cadangan laksana PKP menyeluruh – Ismail Sabri
Next post Premis tersenarai dalam sistem HIDE diarah tutup tiga hari
Ubah saiz-+=