
Kluster Tapak Bina Klebang terbaharu
AYER KEROH 31 Mei – Satu kluster baharu direkodkan di negeri ini hari ini selepas 124 orang dikesan positif akibat jangkitan COVID-19.
Jabatan Kesihatan negeri berkata, Kluster Tapak Bina Klebang direkodkan menerima jangkitan dalam kalangan komuniti pekerja di kawasan terbabit
Menurutnya, seramai 371 kontak rapat kini telah disaring dan jangkitan dipercayai merebak dalam kalangan rakan sekerja buruh di tapak bina.
“Punca jangkitan terhadap indeks disyaki mendapat jangkitan daripada komuniti sekali gus menjadikan sebanyak 35 kluster aktif di negeri ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 352 kes baharu positif wabak itu dengan tiga kematian direkodkan setakat hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DARIPADA ‘CUKUP MAKAN’ KEPADA MAMPU MENYIMPAN, ANAK MUDA MELAKA KEHIDUPAN LEBIH SELESA
TANJUNG BIDARA 10 November - Jika sebelum ini gaji bulanan sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan komitmen asas, kini...
PRN MELAKA: POLIS MELAKA TERIMA 19 LAPORAN BUKA 18 KERTAS SIASATAN
AYER KEROH 10 November - Sebanyak 19 laporan diterima Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Melaka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya...
ABDUL RAZAK KOMITED PENUHI KEPERLUAN RAKYAT
TELOK MAS 10 November - Penambahbaikan infrastruktur antara keperluan yang disuarakan penduduk setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
SPR BELUM TERIMA LAPORAN PENUH BERKAITAN ISU SERANGAN SIBER
SUNGAI UDANG 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan laman web miliknya tidak diserang...
MELVIN MAHU LAKSANA TIGA AGENDA UTAMA DALAM 100 HARI, BUKTI KPI
KOTA LAKSAMANA 10 November - Tiga agenda melibatkan kebajikan warga emas, penambahbaikan kemudahan kesihatan dan pengukuhan tahap keselamatan penduduk menjadi...
SPR REKOD 237 LAPORAN KESALAHAN KECIL PILIHAN RAYA
SUNGAI UDANG 10 November – Sebanyak 237 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam,...

