Hanya 12 jemaah solat fardhu, solat Jumaat di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 31 Mei – Hanya 12 jemaah dibenarkan untuk solat fardhu berjemaah di masjid-masjid dan surau seluruh negeri berkuat kuasa esok sehingga 14 Jun depan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bilangan jemaah yang sama turut terpakai untuk solat Jumaat dan solat jenazah.

Katanya, jumlah 12 jemaah itu termasuk pegawai masjid, dan selebihnya akan ditentukan oleh jawatankuasa masjid dan surau.

“Jemaah yang tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat hendaklah menunaikan solat Zuhur di rumah masing-masing. Keputusan jawatankuasa berkaitan pemilihan jemaah adalah
muktamad.

“Jika didapati trend jumlah kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat, kapasiti yang dibenarkan ini boleh dikurangkan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Che Sukri memaklumkan, masjid dan surau di negeri ini juga boleh menyediakan satu ruangan khas, khusus untuk individu datang singgah solat bagi waktu yang sesuai untuk solat fardhu.

“Walaupun begitu, sekiranya ada risiko jangkitan atau kesukaran kawalan, masjid dan surau boleh menangguhkan peruntukan ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau berkata, masjid dan surau di negeri ini juga hendaklah memperdengarkan bacaan Al-Quran dan doa setiap selepas solat fardhu dan bacaan Yaasin berserta doa setiap kali selepas Maghrib dalam usaha memohon pertolongan kepada Allah SWT dalam tempoh pandemik ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1857
Kongsi :
Previous post Kluster Tapak Bina Klebang terbaharu
Next post PKP penuh: 15 SJR, 19 pasukan pemantauan – Polis Melaka
Ubah saiz-+=