KM ketuai delegasi Melaka lakukan kunjungan hormat keatas Gubernur Riau

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PEKANBARU 9 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama konsulat Malaysia di Pekanbaru dan 20 delegasi Melaka, melakukan kunjungan hormat dan sarapan bersama Gubernur Provinsi Riau Dr. H Syamsuar di kediaman rasminya.

Terdahulu, Sulaiman yang mengetuai delegasi bergerak dari Hotel Pangeran kira-kira jam 7.30 pagi dan tiba di kediaman rasmi Gubernur pada jam 8.30 pagi.

Hadir sama pada kunjungan hormat tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Turut serta, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, EXCO Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman dan EXCO Kesihatan Dr Muhammad Akmal Saleh serta kenamaan lain.

Selepas membuat kunjungan hormat, Sulaiman, Gubernur dan delegasi akan bergerak ke pusat beli-belah SKA Mall bagi merasmikan Festival Semarak Pelancongan Melaka.

Di festival tersebut kira-kira lebih 30 ruang pameran dan pempamer terdiri daripada pemain industri pelancongan Melaka mengambil bahagian sebagai usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.

Pemain industri pelancongan akan berkampung di SKA Mall selama tiga hari bermula hari ini sehingga 11 Jun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

937
Kongsi :
Previous post PBSM cakna kebajikan Orang Asli Bukit Payung
Next post Datang awal pun parkir penuh
Ubah saiz-+=