
KM lawat destinasi ‘ole-ole’ Pekanbaru
PEKANBARU 10 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali membuat lawatan berinformasi di Produk Pelancongan Pekanbaru Viera Oleh-Oleh sebelum berangkat ke Dumai.
Dalam lawatan ringkas itu, Sulaiman bersama delegasi Melaka sempat membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Melaka.
Sulaiman turut diberi kesempatan untuk meninjau dan melihat sendiri pelbagai makanan tradisi yang dijadikan ole-ole dihasilkan.
Terdahulu, beliau bersama delegasi Melaka tiba di lokasi pembelian buah tangan itu pada jam 3.40 petang waktu Indonesia.
Difahamkan, pada jam 8 malam waktu tempatan, Sulaiman dan delegasi Melaka akan membuat kunjungan hormat dan makan malam di kediaman rasmi Pejabat Walikota Dumai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BENDUNG SALAH LAKU PELAJAR, SETIAP SEKOLAH WAJIB ADA PETI ADUAN
SERI NEGERI 14 Julai – Kerajaan Negeri mewajibkan semua sekolah di Melaka menyediakan peti aduan sebagai saluran selamat kepada pelajar...
MELAKA SERIUS CARI SOLUSI TANGANI ISU BABIT PELARIAN ROHINGYA
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap semua cadangan dan pandangan dikemukakan oleh semua pihak bagi...
KOMPLEKS SUKAN MINI JASIN DIJANGKA SIAP 2028, KONTRAKTOR PENYELAMAT DILANTIK SEPTEMBER INI
SERI NEGERI 14 Julai – Projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Jasin yang terbengkalai sejak Disember 2023 dijangka dapat diteruskan semula...
KONVENSYEN PIBG KOMITMEN MELAKA BENDUNG ISU SEKSUAL LIBAT KANAK-KANAK
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri memandang serius peningkatan risiko jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja dengan memperkukuh kerjasama...
PPRS: 134 PERMOHONAN BINA BAHARU, BAIK PULIH RUMAH DILULUSKAN DI MELAKA TAHUN INI
SERI NEGERI 14 Julai – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan sebanyak 134 permohonan bina baharu dan baik...
PEMBINAAN KK BUKIT RAMBAI BAHARU DIJANGKA DIUMUM PADA BAJET 2027
SERI NEGERI 14 Julai - Kelulusan berhubung pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Jenis 3 Bukit Rambai dijangka diumumkan pada sesi pembentangan...

