
KM promosi TMM2024 di konti radio
PETALING JAYA 14 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menggamit suasana ceria di konti Radio Hot FM dan Kool FM semasa mempromosikan Karnival Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024), hari ini.
Dalam temu bual itu, Ab Rauf turut berkongsi mengenai ‘tagline’ Negeri Melaka iaitu ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’.
“Riuh rendah konti radio Hot FM dan Kool FM dibuatnya hari ini ketika saya ditemu bual sempena mempromosikan Karnival TMM 2024, hari ini.
“Ketika singgah di konti Hot FM menerusi segmen Bekpes Hot, saya ditemu bual oleh Johan, Fara Fauzana dan AG, sebelum turut sama ditemu bual oleh Muaz dan Haiza menerusi segmen PHD Kool FM.
“Selain mempromosikan TMM 2024, tentu sahaja saya juga berkongsikan mengenai tagline “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat,” katanya.
Dalam hantaran itu, Ab Rauf turut menyatakan beliau turut berpeluang mengikut trend terkini anak muda merakam momen video menerusi aplikasi TikTok.
“Bila sudah bersama orang hiburan ini, saya juga ‘terjebak’ untuk sama-sama berTikTok, tengoklah hasilnya nanti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU MUDA MELAKA DAPAT SOKONGAN, KEKUATAN DI BAWAH KEPIMPINAN TOK RAUF
AYER KEROH 6 September - Golongan ibu muda di Melaka menyifatkan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk...
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September – Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...
‘MELAKA TAK RELAKS DEMI RAKYAT’
AYER KEROH 5 September – “Apa yang tak relaks sangat Melaka ni?" itu antara soalan yang sering diajukan kepada Ketua...
HARI KEDUA LUAR BIASA, HAMPIR 50,000 MERIAHKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
AYER KEROH 5 September – Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh mencatat sambutan luar biasa apabila...
IBU MUDA MELAKA BUKAN SEKADAR DIBANTU, TETAPI DIPERKASA
AYER KEROH 5 September - Penyertaan ibu muda dalam Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 membuktikan usaha Kerajaan Negeri bukan...
SUKARELAWAN BSAT ‘DUTA KECIL’ MAIM SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER KEROH 5 September - Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi 'Duta Kecil MAIM' dalam memperluas...
