
KM rasmi Program Kacau Dodol dan Sambutan Malam 7 Likur Pengkalan Batu
PENGKALAN BATU 16 April – Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hadir merasmikan Program Kacau Dodol Perdana dan Sambutan Malam 7 Likur di Japerun Pengkalan Batu, di sini, hari ini.
Dalam majlis ringkas itu, Ab Rauf diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin, menyampaikan sumbangan kepada 20 kanak-kanak merupakan anak yatim.
Menerusi program itu juga, sebanyak 10 kawah dodol dimasak dan diagihkan kepada 2,000 penerima terdiri daripada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.
Turut menggamit kenangan apabila kira-kira 300 penduduk termasuk wakil 10 cawangan UMNO Bahagian Bukit Katil yang hadir ke program itu, turut bersama-sama menyediakan kuih tradisional seperti kuih goyang, kapit dan bahulu.
Sebagai simbolik perasmian, Ab Rauf menyalakan pelita menandakan bermulanya malam 7 likur hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA BERI MANFAAT HAMPIR 3,000 ANAK MELAKA
PENGKALAN BATU 4 Julai - Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Melaka yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dan diselia MAIM Holdings Berhad...
MELAKA LANCAR KEMPEN TUNAI ZAKAT SAHAM, POTONGAN GAJI ZAKAT
PENGKALAN BATU 4 Julai - Zakat Melaka kini melancarkan Kempen Tunaikan Zakat Saham serta Kempen Potongan Gaji Baharu dan Kemaskini...
MELAKA PERINCI DASAR BAHARU KAWAL SELIA NGO PENGURUSAN JENAZAH
SERKAM 4 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mengadakan perjumpaan bersama agensi terlibat untuk memperincikan...
ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG SUNTIK SEMANGAT GURU MUDA JAIM TERUS TABUR BAKTI
BANDA HILIR 4 Julai - Pengiktirafan diterima daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjadi suntikan semangat buat 149 penerima Anugerah...
MIHF 2026 SASAR 530 USAHAWAN, NILAI JUALAN RM20 JUTA
PENGKALAN BATU 3 Julai - Melaka kembali menjadi tumpuan industri halal dalam dan luar negara pada 7 hingga 9 Ogos...
DUN SERKAM TERIMA DUA MASJID BAHARU
SERKAM 3 Julai - Komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyuburkan syiar Islam diterjemahkan menerusi pembinaan dua lagi masjid baharu di...

