Sorting by

×

TYT RASMI MASJID JAMEK AL-FAIZIN KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERKAM 3Julai – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek Al-Faizin Kampung Bukit Tembakau sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau kira-kira jam 12.45 tengah hari di perkarangan masjid tersebut disambut Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) SerkamDatuk Zaidi Attan.

Turut hadir, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat serta kenamaan lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum Tun Dr. Mohd Ali menandatangani plak dan menyempurnakan lafaz perasmian sebagai simbolik pembukaan rasmi masjid tersebut yang menjadi mercu tanda baharu buat komuniti Kampung Bukit Tembakau.

Pada majlis sama, Tun Dr. Mohd Ali turut menyampaikan sumbangan kepada 15 pegawai syarak, iman dan pemimpin tempatan.

Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali bersama kenamaan, pemimpin dan komuniti Muslim setempat kemudian menunaikan solat Jumaat.

Perasmian masjid itu turut menjadi antara pengisian utama WRUR DUN Serkam yang memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur, kesejahteraan rakyat dan pemerkasaan institusi keagamaan dalam kawasan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

536
Kongsi :
Previous post MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM HALAL, LAHIR AUDITOR KOMPETEN
Next post DUN SERKAM TERIMA DUA MASJID BAHARU