KM sambut pelancong ke Melaka Jumaat ini, 1,000 cenderahati diedarkan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 13 Okt – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali akan menyambut ketibaan pelancong di pintu masuk Plaza Tol Ayer Keroh, di sini Jumaat ini.

EXCO Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sambutan sempena pembukaan sempadan negeri itu dijangka bermula jam 3 petang yang turut diadakan di pintu masuk Plaza Tol Simpang Empat dan Melaka Sentral.

MUHAMMAD Jailani (kanan) menunjukkan cenderahati yang akan diberikan kepada pelancong domestik yang akan tiba di Melaka pada Jumaat ini.

“Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong ke Melaka bermula jam 3 petang di Plaza Tol Ayer Keroh akan dihadiri YAB Ketua Menteri Melaka dan saya sendiri.

“Majlis turut melibatkan Artis Budaya daripada Briged Seni Melaka, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Melaka dan juga Institut Seni Warisan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Sempena Kesiapsiagaan Sektor Pelancongan Negeri Menjelang Kebenaran Merentas Negeri di sini hari ini.

Tambahnya, setiap pelancong yang datang akan diberikan beg cenderamata berupa Kit Cegah COVID-19 yang mengandungi bahan-bahan promosi seperti air mineral, pembasmi kuman, pelitup muka dan risalah pelancongan Melaka.

“Sebanyak 1,000 ‘goodies bag‘ akan disediakan sempena majlis sambutan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

980
Kongsi :
Previous post Syarikat sektor pelancongan dan kebudayaan dibenar beroperasi tanpa CIMS
Next post Jangan kaitkan isu kaum dalam polemik politik – Mahadevan
Ubah saiz-+=