
KM solat sunat Aidilfitri bersama orang Kampung Pulau
TANJUNG BIDARA 22 April – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ar Razak, Kampung Pulau, di sini, pagi ini.
Ab Rauf bersama-sama lebih 700 jemaah bersama-sama bertakbir sebelum menunaikan solat sunat Adilfitri yang diimamkan Iman II Masjid Ar Razak, Imam Mokhtar Salleh.
Sementara itu bacaan khutbah solat sunat Aidilfitri pula disampaikan oleh Iman I Masjid Ar Razak, Imam Faizal Saari.
Selesai solat sunat Aidilfitri Ab Rauf menjadi tumpuan jemaah apabila ada yang meminta untuk bergambar dan berswafoto bersama Ketua Menteri Melaka Ke-13 itu.

Terdahulu umat Islam mula membanjiri masjid dibina pada tahun 1916 itu seawal jam 7.30 pagi untuk bersama-sama bertakbir dan menikmati keindahan serta kemeriahan pagi 1 Syawal.
Ahli jawatankuasa masjid turut melakukan persiapan awal untuk menampung jumlah jemaah yang ramai berikutan kepulangan perantau ke kampung dengan menyediakan khemah, tikar dan sejadah tambahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: INOVASI TEPUNG PISANG GORENG SEGERA SHAMSIAH
ASAHAN 8 April - Pengalaman lebih dua dekad menjual pisang goreng mendorong peniaga ini untuk menghasilkan tepung bancuhan segera bagi memudahkan...
UTEM TUBUH PUSAT KEPIMPINAN AI PERTAMA NEGARA
DURIAN TUNGGAL 8 April - Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) mencipta sejarah tersendiri apabila menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kemimpinan Kecerdasan...
‘TANGAN AJAIB’ PASUKAN LANDSKAP MPJ SERLAH KECERIAAN JASIN
JASIN 8 April – Di sebalik keindahan landskap yang memukau sekitar Daerah Jasin, terselit sentuhan ‘tangan ajaib’ pasukan landskap Majlis...
WRUR ASAHAN: BIMBING USAHAWAN KAMPUNG BERKEMBANG
ASAHAN 7 April - Komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam membantu usahawan kecil diperkukuh menerusi kerjasama pelbagai agensi, sekali gus...
YB ALONG KONGSI BERITA GEMBIRA, 18 KEDIAMAN ORANG ASLI DIBERI WAJAH BAHARU
ASAHAN 8 April - Kediaman sudah uzur menjadi tempat berteduh 18 keluarga di empat penempatan masyarakat Orang Asli di Dewan...
WRUR ASAHAN: TAK PERLU LAGI PANJAT BUKIT CARI ‘LINE INTERNET’
ASAHAN 7 April - Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan WiFi percuma di Kampung Orang Asli (KOA) membawa perubahan besar kepada kehidupan...
