Solat sunat Aidilfitri Melaka meriah

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BUKIT PALAH 22 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman, hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 jemaah di Masjid Al-Azim, di sini, pagi ini.

Beliau yang memakai persalinan baju Melayu warna coklat tiba kira-kira jam 7.45 pagi.

Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, Tun Mohd Ali terlebih dahulu melawat Makam Pahlawan Melaka.

photo1682125538
JEMAAH yang hadir menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. Foto Iqmal Haqim

Hadir sama mengiringi beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Saleh, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Nordin.

Berbeza dengan suasana dua tahun sebelum ini susulan penularan wabak COVID-19 apabila orang ramai hadir dengan kapasiti penuh selain tiada lagi penjarakan sosial.

Suasana solat Aidilfitri turut meriah dengan kehadiran kanak-kanak selain ahli keluarga yang berpakaian raya sedondon.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1265
Kongsi :
Previous post Jualan Ambang Syawal Madani meriah
Next post KM solat sunat Aidilfitri bersama orang Kampung Pulau
Ubah saiz-+=