
KM ucap takziah kepada keluarga anggota tentera maut di Sabah
AYER KEROH 25 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Laskar Kelas I, Muhammad Arif Idris, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut akibat kemalangan, kelmarin.
Allahyarham Muhammad Arif yang berasal dari Klebang Besar, Melaka dilaporkan meninggal dunia selepas trak tentera yang dinaiki bersama tiga lagi anggota TLDM dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan terbabas di di Jalan Ranau-Kota Kinabalu, Selasa lalu.
“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Laskar Kelas I Muhammad Arif Idris. Saya dimaklumkan jenazah Allahyarham yang berasal dari Klebang Besar, Melaka akan tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), petang ini, sebelum dikebumikan di kampung halamannya.
“Salam takziah sekali lagi kepada ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah,” tulis Sulaiman di laman Facebook rasminya.
Difahamkan jenazah Muhammad Arif akan dikebumikan di Klebang Besar selepas solat Asar.
Views:
Related
Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...


