KOLAM TAKUNGAN AIR DI BUKIT RAMBAI BAKAL DIBINA, ATASI BANJIR 25 TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PAYA RUMPUT 24 November – Sebuah kolam takungan air dicadangkan dibina di Bukit Rambai, sebagai usaha jangka masa pendek mengatasi isu banjir sejak 25 tahun lalu di kawasan terbabit.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, rancangan pembinaan kolam takungan tersebut bagaimanapun sedang menunggu kelulusan.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berkata, sekiranya diluluskan projek akan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu diharap mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri.

“Saya yakin dan percaya melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Menterinya iaitu Nga kor Ming, beliau akan membantu Melaka menyelesaikan isu banjir membabitkan longkang (perparitan) di taman-taman ini yang mana di Bukit Rambai sahaja terdapat lima taman terjejas banjir.

“Sebagai contoh, di Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Jaya  telah menghadapi isu banjir lebih 25 tahun dan tidak pernah selesai. Isu ini bukanlah perkara boleh diselesaikan dalam sekelip mata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Jelajah Peduli Ummah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Adun Pantai Kundor, Tuminah Kadi @Mohd Hashim dan Adun Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong serta kenamaan lain.

Dalam majlis itu juga Rais turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 300 golongan asnaf dalam kawasan tersebut.

Selain itu, kira-kira 1,800 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput turut bersama-sama memeriahkan majlis.

Antara aktiviti yang dilaksanakan melibatkan gotong-royong menjayakan kenduri secara rewang, solat Subuh berjemaah, sukan rakyat dan pelbagai aktiviti lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

153
Kongsi :
Previous post KPKM SEDANG SUSUN JAWATANKUASA KHAS TANGANI KEKURANGAN BERAS PUTIH TEMPATAN
Next post KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERAS KETEGUHAN KERAJAAN PERPADUAN DI MELAKA
Ubah saiz-+=