
KOLEJ KOMUNITI JASIN INFAK RAMADAN
JASIN 30 Mac – Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil keberkatan bulan yang mulia ini dengan menganjurkan Program Fiesta Infaq Ramadan, baru-baru ini.
Program yang diadakan di ruang parkir kolej itu melibatkan kesemua warga KKJS membabitkan pelbagai aktiviti secara bergotong-royong.
Antara program yang dianjurkan sepanjang fiesta itu adalah khatam al-Quran bersama pelajar tahfiz, edaran bubur lambuk, pengumpulan baju raya dan sumbangan bakul Syawal kepada komuniti setempat.
KKJS dalam satu kenyataan memaklumkan, program berkenaan menjadi antara pengisian yang diadakan setiap kali Ramadan sebagai platform untuk mengeratkan ukhuwah bagi seluruh warga KKJS.
“Program ini bukan hanya melibatkan kakitangan pengurusan pentadbiran dan pensyarah malah turut mendapat sambutan penyertaan daripada kesemua pelajar di kolej ini.
“Matlamat utama program ini selain mengimarahkan bulan Ramadan Al-Mubarak, program seumpama ini sekaligus dapat membantu komuniti setempat yang kurang berkemampuan,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...

