
KOPABA sasar untung RM1 juta penghujung 2024
PENGKALAN BATU 14 Disember – Koperasi Pengkalan Batu Berhad (KOPABA) menyasarkan keuntungan RM1 juta pada penghujung 2024, hasil daripada pelbagai aktiviti ekonomi termasuk produk agropelancongan Jerami Desa yang baharu diperkenalkan
Pengerusinya, Datuk Amzah Osman yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan kepada keuntungan semasa bagi tahun ini.
“Setakat ini keuntungan kita adalah sebanyak RM700,000 dan dengan produk Jerami Desa ia mampu meningkat kepada RM1 juta tahun hadapan,” katanya pada sidang media selepas mengiringi Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka, Mustafa Kamal Mohd Noor mengadakan lawatan ke projek Jerami Desa di Kampung Pengkalan Batu, di sini.
Beliau berkata, KOPABA pada asalnya koperasi ditubuhkan Masjid Ar Saadah kampung berkenaan, aktif dalam pelbagai jenis aktiviti ekonomi dengan objektif membantu masyarakat sekitar dengan membuka peluang untuk berniaga menawarkan peluang pekerjaan.
“Kami ada kedai koperasi di Masjid Ar Saadah, selain perkhidmatan sewaan tapak parkir kenderaan bagi pekerja sektor perindustrian berhampiran, sewaan gerai makan dan membekalkan barangan runcit,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
