Pengalaman bersawah di tengah bandar

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PENGKALAN BATU 14 Disember – Produk agropelancongan di Jerami Desa memberi peluang kepada pelancong untuk menyelami dan merasai sendiri pengalaman hidup seharian masyarakat desa yang mengusahakan tanaman padi sebagai punca pendapatan mereka.

Jerami Desa diusahakan Koperasi Pengkalan Batu Berhad (KOPABA) mampu menjadi antara tarikan pelancongan baharu di negeri ini khusus sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengerusi KOPABA, Datuk Amzah Osman berkata, Jerami Desa diusahakan koperasi itu merupakan antara punca pendapatan baharu bagi menjana ekonomi penduduk Kampung Pengkalan Batu.

Katanya, projek yang kini hampir 80 peratus siap akan beroperasi pada Januari 2024 menawarkan pengalaman kehidupan desa seperti bersawah, memancing ikan di tepi kali dan pelbagai lagi.

“Lokasi ini juga dilengkapi tapak perkhemahan, karavan, pondok untuk berehat dan kedai makan atas air yang dibina menggunakan kayu hutan.

“Kawasan ini dikelilingi sawah padi, dilengkapi 10 kiosk diusahakan penduduk kampung yangmenawarkan pelbagai produk,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Amzah berkata, antara tarikan lain disediakan buat pengunjung adalah aktiviti menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi atau ‘All Terrain Vehicle’ (ATV) melalui trek sawah padi dan pelbagai lagi.

Whatsapp Image 2023 12 13 At 16.22.11 20e99864
Tapak perkhemahan, glamping dan karavan disediakan buat pelancong yang menginap di Jerami Desa

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1754
Kongsi :
Previous post Bajet 2024 Melaka pada landasan menuju negeri maju
Next post KOPABA sasar untung RM1 juta penghujung 2024
Ubah saiz-+=