Sorting by

×

Koperasi terbaik Melaka mahu berkembang setaraf bank

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 1 September – Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka komited mengembangkan perniagaan hingga bertaraf bank koperasi, sekali gus memberikan lebih banyak faedah kepada 3,500 ahlinya di seluruh negara.

Pengerusinya, Masitah Osman berkata, sebagai koperasi tertua negara yang ditubuhkan pada 1926, pihaknya sentiasa memikirkan peluang peniagaan baharu dan terkini sudah membuka sebuah kedai Ar-Rahnu sendiri.

“Jika sudah setaraf bank Rakyat atau Coop Bank, kami boleh menjalankan perkhidmatan koperasi kredit yang akan memudahkan anggota membuat pinjaman, tanpa caj tersembunyi.

“Kami koperasi pertama di Melaka membuka kedai Ar-Rahnu sendiri tanpa francais dan keuntungannya adalah untuk dinikmati semua ahli.

“Selepas ini kami bercadang membuka sebuah lagi cawangan Ar-Rahnu selain merancang mengoperasikan hotel bajet dan syarikat perkilangan dikelolakan sendiri pihak koperasi,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri dan Pelancaran Melaka Co-opnity diadakan, di sini, 30 Ogos lalu.

Program itu dirasmikan Naib Pengerusi Eksekutif Pengurusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Siti Azlin Ahmad Dauta.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi negeri, Hafizal Abu Bakar dan Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan, Abdul Rahim Md Tawel.

Sementara itu Siti Azlin berkata, laman sesawang Co-opnity dilancarkan mampu memberi penekanan digital dalam kalangan penggiat koperasi di negeri ini menerusi platform yang disediakan.

Menurutnya, ia sekali gus memberi manfaat kepada 448 buah koperasi di Melaka untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui platform digital selaras Pelan Transfromasi Koperasi Malaysia 2021-2035.

“Menerusi platform ini mereka didedahkan dengan cara pemasaran produk yang betul, teknik pengurusan acara dalam pemasaran, konsultansi dan pelbagai lagi,” katanya.

Ends//

Pix MASITAH (tiga kanan) menerima sijil penghargaan mendahului 20 koperasi terbaik di Melaka disampaikan Siti Azlin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3540
Kongsi :
Previous post Jakim hantar pasukan audit halal ke Australia bulan ini
Next post Kerajaan ambil langkah ofensif, defensif, advokasi tangani masalah keselamatan siber
Ubah saiz-+=