Kota Laksamana: Calon BN tidak mudah mengalah

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

Kota Laksamana 15 Nov – Tiga janji digariskan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, bagi meraih hati pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berbaki kurang lima hari lagi.

Menurut Low Chin Hong, tiga janji itu merancakkan pembangunan ekonomi, menitikberatkan kesejahteraan dan keprihatinan masyarakat serta memperkasa pendidikan dan latihan vokasional.

Beliau berkata, pemasalahan penduduk di kawasan kampung seperti di Pengkalan Rama Pantai, Tengkera dan Kampung Lapan akan diberi perhatian khususnya.

“Saya harap dapat ubah suai dan menyediakan bantuan kepada penduduk kampung ini kerana dapati ianya sudah lama tidak ditambah baik selain menyediakan infrastruktur yang bersesuaian.

“Di bawah pelan kesejahteraan pula akan menyediakan kawasan parkir bertingkat, mengatasi banjir kilat dengan pelaksanaan Pelan Pecegahan Banjir dan mewujudkan pusat aktiviti untuk pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui di Kota Laksamana.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda MCA Kota Melaka berkata, dalam merancakkan lagi ekonomi peniaga di kawasan komersial termasuklah di Jonker Walk, beberapa pendekatan seperti menyuntik unsur-unsur seni dan budaya akan dilakukan di kawasan bersejarah.

Mengulas lanjut, Chin Hong berkata, mengenai pemasalahan banjir di kawasan Pengkalan Rama Pantai, beliau sudah melakukan kejadian sejak setahun lalu dan mengenal pasti beberapa isu yang menyumbang kepada situasi itu.

“Antaranya adalah lokasi terlalu dekat dengan sungai, tempat terlalu padat dan kesukaran untuk membina takungan air juga susah.

“Ahli Majlis berjaya kenal pasti cara menyelesaikan banjir di kawasan itu tetapi ia masih dalam perbincangan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sejak puluhan tahun lalu DUN Kota Laksamana masih belum dapat ditakluk oleh BN namun beliau akan cuba yang terbaik untuk mencipta sejarah bagi melakar kemenangan.

“Dengan kepakaran dalam bidang akaun dan kewangan saya percaya dapat gunakan idea itu untuk selesai masalah di kawasan ini.

“Saya juga sudah menjalankan kempen sebaik mungkin dan bergerak lebih 50 peratus dalam menyampaikan maklumat dan janji saya untuk sedia berkhidmat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

730
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: 11,557 polis, tentera bakal mengundi awal esok
Next post Rembia: Elemen perumahan dan ekonomi antara teras untuk rakyat
Ubah saiz-+=