
KPT pantau pelajar Malaysia di Rusia dan Ukraine
PUTRAJAYA 28 Feb – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesahkan seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Lviv, Ukraine berada dalam keadaan selamat.
Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar berkenaan kini berada di Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw, Poland bersama rakyat Malaysia yang lain.
Katanya, semua mereka termasuk pelajar berkenaan akan dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
“Dalam pada itu, pelajar Malaysia di Rusia akan terus berada di universiti masing-masing memandangkan jarak universiti agak jauh dengan kawasan bergolak.
“Pihak kementerian melalu pejabat Education Malaysia di London (EML) akan terus memantau perkembangan terkini konflik ini bagi memastikan pelajar Malaysia terjaga,” katanya.
Dalam pada itu, kenyataan itu terus memaklumkan pihak kementerian sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi semasa selain mengambil tindakan selanjutnya.
“Para pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara itu boleh berhubung terus pegawai EML, Lukman Zulkifli di talian 00442079851251 atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/ 6949/6623/6628.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
