KRT Taman Bukit Katil Damai pantau keselamatan penduduk
BUKIT KATIL 25 Mac – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Katil Damai menggerakkan 23 anggotanya untuk melakukan rondaan serta pemantauan menjaga keselamatan penduduk di taman perumahan berkenaan.
Pengerusinya, Mat Noor Zin berkata, rondaan dilakukan sejak 10 tahun lalu itu bagi memastikan kesejahteraan penduduk taman terjamin selain memberi manfaat kepada komuniti setempat.
“Tujuan utama kita lakukan rondaan untuk pastikan keadaan di taman ini selamat daripada sebarang kejadian jenayah seperti pecah rumah, mencuri kenderaan dan pelbagai lagi.
“Setiap kali rondaan kita akan mulakan pada jam 12 tengah malam bersama beberapa anggota kita yang telah dilantik, kita harap bilangan anggota akan bertambah seramai 10 orang sehingga hujung tahun ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka, Intan Suhana bte Yusuff.
Katanya lagi, menerusi aktiviti itu KRT Taman Bukit Katil Damai dapat memantapkan lagi komuniti setempat selain bersama mencegah jenayah yang berlaku di kediaman masing-masing.
Untuk rekod kerajaan telah membenarkan KRT untuk menggerakkan rondaan di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) di zon hijau bermula Jun 2020 yang lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.