Terus perkasa usahawan Wanita Melaka – Kalsom

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 25 Mac- Usaha memperkasa semula usahawan wanita Melaka terjejas akibat COVID-19 dan banjir melanda negeri ini hujung tahun lalu dijalankan secara berterusan dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi.

EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin berkata, antara aktiviti dijalankan bagi menjayakan perkara itu adalah dengan menganjurkan ekspo pada Ramadan ini.

Katanya, ekspo dianjurkan akan menjadi platform terbaik untuk mengumpulkan semula usahawan wanita Melaka.

“Pada penganjuran bazar Ramadan yang lalu terutama di Peringgit, daripada 300 gerai jualan, 20 peratus adalah peniaga dan usahawan wanita.

“Dengan adanya usaha sebegini termasuk kolobrasi dengan syarikat besar, kita boleh membantu wanita agar tidak terlalu bergantung kepada kewangan suami atau keluarga. Mereka perlu ada dompet (kewangan) sendiri.

“Pelbagai aktiviti kita akan lakukan untuk memperkasa usahawan wanita menjelang Ramadan, aktiviti-aktiviti itu nanti kita akan maklum dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ekspo Jualan Al-Quran sempena Jualan Pra Ramadan di Hotel Muzaffar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kalsom berkata ekspo Jualan Al Quran tersebut mampu menjadi pemangkin kepada kebangkitan usahawan wanita di Melaka yang sebelum ini terjejas akibat pelbagai sebab.

“Selain pameran al-Quran terdapat 18 geraiooth yang turut serta. Walaupun produk mereka tidak besar namun ia masih mampu memberi impak untuk bangkit terutama menjelang Ramadan ini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

836
Kongsi :
Previous post Thailand setuju buka pintu sempadan di wang kelian dan Bukit Kayu Hitam – PM
Next post KRT Taman Bukit Katil Damai pantau keselamatan penduduk
Ubah saiz-+=