KSEPT beri maklumat ilmiah secara digital

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 30 Julai – Penubuhan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi (KSEPT) menjadi pemangkin ke arah inisiatif strategik dalam menyediakan infostruktur sumber maklumat ilmiah digital berkualiti kepada warga pendidikan tinggi, terutama dalam situasi COVID-19 yang melanda negara dan dunia.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, konsortium itu juga akan mencapai penjimatan dan keberkesanan kos langganan kepada sumber maklumat ilmiah digital, untuk jangka masa panjang.

“Peningkatan kos langganan pangkalan data maklumat saban tahun akan mengurangkan kebolehupayaan universiti awam, untuk mengekalkan penawaran akses sumber maklumat ilmiah kepada warga pendidikan tinggi.

“Usaha berterusan sedang dijalankan oleh Jawatankuasa KSEPT untuk meluaskan langganan kepada pangkalan data maklumat kritikal kepada warga pendidikan tinggi pada 2022,” katanya.

Noraini berkata kini warga akademik, pelajar dan penyelidik, sedang menikmati akses kepada pangkalan data ‘ScienceDirect’ yang dilanggan secara konsortium, selain daripada pangkalan data ‘Scopus’ dan ‘Emerald’ yang dilanggan secara berpusat, oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Initiatif penubuhan KSEPT oleh perpustakaan akademik Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), bertujuan menyediakan kemudahan prasarana sumber rujukan digital ilmiah kepada warga IPTA bagi aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Katanya, pada 1 April lalu, satu memorandum persefahaman ditandatangani 20 universiti awam tempatan sebagai tanda persetujuan penubuhan konsortium itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

308
Kongsi :
Previous post KPN jamin keselamatan, ketenteraman negara terkawal
Next post COVID-19: Masjid Kampung Hulu, Masjid Kg Kling ditutup
Ubah saiz-+=