KUAM2024 lebih besar, lebih meriah

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DURIAN TUNGGAL 1 Oktober – Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) edisi akan datang bakal diberi nafas baharu, sekali gus menjadi antara produk pelancongan tumpuan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pihaknya akan melakukan perancangan rapi bagi menambahbaik penganjuran KUAM2024 nanti

Katanya, antara yang bakal diberikan perhatian adalah menambah jumlah pesawat lebih canggih bagi segmen pameran statik, termasuk penyertaan dari luar negara.

“Bagi penganjuran KUAM2023, sebanyak 41 pesawat termasuk helikopter mengambil bahagian dan bagi KUAM2024 jumlah itu akan kita tambah supaya lebih meriah.

“Tahun 2024 kita akan perkasakan lagi segmen pertunjukan udara dan ia pasti lebih menarik kerana kita merancang untuk membawa penyertaan dari luar negara. Aktiviti juga akan diselaraskan dan dipelbagaikan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 di LTAM, Batu Berendam, di sini, hari ini.

photo1696155917
ABDUL RAZAK

Penganjuran KUAM2023 diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Mengulas lanjut, Abdul Razak memaklumkan penambahbaikan perlu dilaksanakan susulan KUAM2023 menerima sambutan luar jangka.

“Setakat tengah hari pada hari terakhir penganjuran KUAM2023, pengunjung yang hadir sudah hampir 60,000 berdasarkan tiket yang sudah terjual. Sambutan positif ini bakal menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka pada TMM2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2373
Kongsi :
Previous post 50,000 pengunjung meriahkan KUAM2023
Next post Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Ubah saiz-+=